Content feed Comments Feed

MALAYSIAKINI: MSD DIDAKWA GAGAL PROGRAM PELAJAR M'SIA DIMESIR

Posted by mumtaz harun Selasa, November 17, 2009

" THE JIHAD "

Nov 16, 09 12:33pm

Dewan Pemuda PAS (DPP) pusat membantah tindakan Jabatan Pelajar Malaysia (MSD) Kaherah yang didakwa telah menggagalkan program pembacaan hadis Bukhari anjuran Persekutuan Melayu Arab Mesir (PMRAM) yang sepatutnya berlangsung di Pusat Persidangan Al Azhar (ACC) bulan lalu.

Nasrudin mendakwa, pengarah MSD Kaherah, Prof Dr Jamil Hashim telah menghantar surat kepada Syeikhul Al Azhar meminta program itu dibatalkan pada saat-saat akhir.

"Apa yang paling malang, alasan yang digunakan oleh pihak MSD ialah PMRAM adalah ejen parti pembangkang Malaysia," kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.

Program itu dijadual diadakan pada 16 hingga 19 Oktober di pusat tersebut yang mampu menampung sekitar 700 peserta.

Ekoran itu, katanya, program itu terpaksa dipindahkan ke Tingkat 5, Dewan Rumah Johor di Kaherah yang hanya mampu menampung sekitar 300 peserta yang antaranya terpaksa mengikut program itu di tangga dan kaki lima bangunan tersebut.

Nasruddin berkata, majlis perasmian program tersebut oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Jumuah, terpaksa diadakan di sebuah gelanggang bola keranjang di situ.

Katanya, selain mufti Mesir, antara ulama hadis yang dijemput berucap ialah Syeikh Muhammad Ibrahim al-Kattani, Syeikh Jamal Farouk, Syeikh toha Dusuqi di Hubaisy, Syeikh Dr Yusri Rushdi Saiyyid al Hassani, syaikh Ahmad Hajain, Syeikh Dr Da'ad Jawish, Syeikh Asyraf Imam Masjid 6 Oktober dan Syeikh Usamah Mahmud al Azhari.

Nasrudin menyifatkan tindakan MSD itu sebagai taktik usang untuk memberi imej buruk dan tekanan kepada PMRAM agar tidak berfungsi sebagai sebuah badan kebajikan mahasiswa dengan baik dan berkesan.

Beliau juga mempersoalkan hak MSD untuk menganggu aktiviti PMRAM sedangkan ia sebuah badan kebajikan yang sah berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir.

Berikutan tindakan MSD itu, katanya, mahasiswa Universiti Al Azhar telah menubuhkan jawatankuasa khas, DESAK, untuk menuntut MSD memohon maaf secara terbuka dan kembali membersihkan nama baik PMRAM.

Mereka juga menuntut supaya Prof Dr Jamil dipanggil balik dan ditukar kerana didakwa gagal memainkan peranannya sebagai pengarah MSD yang sepatutnya membantu mahasiswa danbukannya "menghalang mereka menuntut ilmu".

"Paling ringan, Dewan Pemuda PAS mendesak supaya Prof Dr Jamil diberi amaran keras oleh pihak kerajaan agar ia menjalankan tugas sebagai pengarah MSD dengan penuh dedikasi tanpa menyusahkan mahasiswa dengan agenda dan tanggapan jahat mereka terhadap mahasiswa," katanya.

Nasrudin berkata, menuduh PMRAm sebagai ejen parti pembangkang bukan sahaja berniat jahat tetapi juga menggangu emosi mahasiswa di Mesir.

Malah, dakwanya, ia bukan perkara baru kerana sejak 1991, PMRAM sering diganggu oleh MSD dengan dituduh sebagai ejen pembangkang tanpa sebarang bukti.

www.malaysiakini.com/news/117512

" THE JIHD "

Artikel dibawah adalah Layar post copy dari laman blog EPISODEPERJUANGAN.BLOGSPOT.COM (Nasrudin Hassan at Tantawi) ketua pemuda PAS malaysia. pada Monday, 16 November 2009


PMRAM Terus dizalimi

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia
[ MSD ] Kaherah Mesir ..
TIDAK PROFESIONAL

Menggagalkan Program Pelajar
[ Pembacaan Hadis Bukhari ]

1. Program Pembacaan Hadis Bukhari anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir [ PMRAM ] yang sepatutnya berlangsung pada 16 hingga 19 oktober 2009 lalu telah digagalkan oleh pihak MSD Kaherah . Pengarahnya ialah Prof Dr. Jamil Hashim .

2. Program julung kali dianjurkan oleh PMRAM itu dijangka berlangsung di Al Azhar Confrence Center [ ACC ] yang mampu menampung sekitar 700 orang peserta .

3. Antara ulama' yang diundang bagi menyampaikan ucapan ialah Al A'llaamah al Muhaddis Syeikh Muhammad Ibrahim al kattani , Syeikh Jamal Farouk , Syeikh Toha Dusuqi al Hubaisy , Syeikh Dr. Yusri Rushdi Saiyyid al Hasani , Syaikh Ahmad Hajain , Syeikh Dr. Da'ad Jawish , Syeikh Asyraf Imam Masjid 6 Oktober , Syeikh Usamah Mahmud al Azhari dan paling istemewa ialah al A'llamah Syeikh Dr. Ali Jumuah Mufti Mesir .

4. Pengarah MSD Kaherah telah menghantar surat rasmi kepada Syeikhul Al Azhar Dr. Sayyid Tantawi meminta agar pihak al Azhar membatalkan program tersebut di saat - saat akhir . Apa yang paling malang , alasan yang digunakan oleh pihak MSD ialah PMRAM adalah Agent Parti Pembangkang Malaysia .

5. Saya melihat ini sebagai taktik usang pihak MSD untuk memberi imej buruk dan tekanan kepada PMRAM agar tidak berfungsi sebagai sebuah badan kebajikan mahasiswa dengan baik dan berkesan .

6. Saya juga melihat MSD mempunyai agenda tertentu sekaligus berniat jahat terhadap PMRAM dengan tindakan mereka mengganggu urusan dan aktiviti mahasiswa . Apa hak mereka untuk mengganggu aktiviti PMRAM sedang PMRAM adalah sebuah badan kebajikan yang sah malah berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir . PMRAM juga mempunyai hubungan yang sangat baik dengan pihak kerajaan Mesir , pengurusan universiti al Azhar dan pihak keamanan Mesir .

7. Tiada alasan yang munasabah mengapa MSD mesti bertindak untuk membatalkan Program Pembacaan Hadis Imam Bukhari yang kelak akan berakhir dengan anugerah Ijazah Sanad Hadis oleh Mufti Mesir asy Syeikh Dr. Ali Jumuah sebagaimana yang telah dijadualkan .

8. Tindakan kurang ajar dan di luar bidang kuasa mereka itu menyebabkan Program Pembacaan Hadis Imam Bukhari ini terpaksa dipindahkan ke Tingkat 5 Dewan Rumah negeri Johor di Kaherah yang hanya mampu menampung sekitar 300 peserta sahaja . Peserta terpaksa menuntut ilmu di tangga dan kaki lima bangunan .

9. Sementara acara Majlis perasmian penutup program ini terpaksa di adakan di sebuah gelanggang bola keranjang oleh Mufti Mesir Dr. Ali Jumuah . Sebelumnya , program yang berlangsung selama 4 hari ini menyaksikan kesungguhan para ulama' sebagai tetamu undangan dan tenaga pembimbing . Ianya cukup berkesan di hati mahasiswa sementara rasa hormat mahasiswa kepada Pengarah MSD semakin luntur akibat tindakannya yang tidak profesional .

10. Mahasiswa al Azhar telah menubuhkan satu jawatankuasa khas DESAK untuk membantah tindakan MSD yang jelas tidak profesional dan menjatuhkan maruah MSD pada pandangan mahasiswa . DESAK juga menuntut agar MSD memohon maaf secara terbuka dan kembali membersihkan nama baik PMRAM yang telah dicemarkan oleh mereka .

11. Sementara itu , kami Dewan Pemuda PAS Pusat selain menyokong jawatankuasa khas DESAK terhadap beberapa tuntutan mereka , turut mendesak supaya Pengarah MSD Kaherah Prof Dr. Jamil Hashim dipanggil balik dan ditukarkan kerana gagal memainkan peranan sebagai Pengarah MSD yang sepatutnya memberi kemudahan dan kesejahteraan kepada mahasiswa bukan mengganggu dan menghalang mereka menuntut ilmu .

12. Paling ringan , Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak supaya Prof Dr. Jamil Hashim di beri amaran keras oleh pihak kerajaan agar ia menjalankan tugas sebagai pengarah MSD dengan penuh dedikasi tanpa menyusahkan mahasiswa dengan agenda dan tanggapan jahat mereka terhadap mahasiswa .

13. Menuduh PMRAM sebagai Agent Parti Pembangkang bukan sahaja berniat jahat tetapi mengganggu emosi mahasiswa yang menuntut di Mesir dengan penuh pengorbanan mencari sekalung ijazah . Mereka ke Mesir untuk menuntut ilmu bukan untuk MELIBATKAN DIRI DENGAN POLITIK KEPARTIAN dan ianya sesuai dengan dasar kerajaan agar pelajar tidak terlibat dengan politik kepartian apalagi di tuduh sebagi agent pembangkang .

14. Saya melihat perkara ini telah berlarutan sejak sekian lama . Sejak tahun 1991 PMRAM sering diganggu oleh MSD . PMRAM selalu dituduh sebagai agent pembangkang tanpa sebarang bukti . Persoalannya PMRAM agent Parti Pembangkang atau MSD menjadi alat UMNO dan BN ? . Mengutamakan pencapaian yang menjadi slogan kepimpinan baru kerajaan Dato' Seri Najib dituntut agar kerajaan segera bertindak menangani isu ini dengan bijak dan memberi keselesaan kepada mahasiswa untuk mereka menumpukan perhatian kepada ilmu .

15. Kepada seluruh warga PMRAM , saya mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan selamat menuntut ilmu di bumi Kinanah dan kelak pulang membawa ilmu guna membasmi kejahilan yang kini sedang membelenggu masyarakat negara kita .

" THE JIHAD "

Artikel dibawah adalah Layar post copy dari laman berita Utusan Meloya( Utusan Malaysia) sila rujuk arkib utusan malaysia bertarikh 11 Novemver 2009
Zulkifli Noordin diarah keluar dewan

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Zulkifli Noordin (PKR-Kulim Bandar Baharu) menjadi Ahli Parlimen pertama yang diarahkan keluar Dewan sejak sesi sidang Dewan Rakyat Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen Ke-12 bermula pada 19 Oktober lalu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan Zulkifli keluar kira-kira pukul 8 malam ini setelah beliau tidak menghiraukan arahannya supaya berhenti mengemukakan soalan-soalan baru ketika Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menggulung perbahasan Bajet 2010 bagi peringkat kementeriannya.

"Yang Berhormat duduk, duduk. Apa Yang Berhormat kemukakan ini adalah isu baru, sepatutnya dikemukakan ketika perbahasan, bukannya sekarang.

"Kita masih ada 16 kementerian lagi yang akan menggulung perbahasan sedangkan masa hanya ada sehingga Khamis sahaja. Nampaknya, Yang Berhormat tidak mahu duduk, jadi saya arahkan keluar Dewan," tegas Pandikar Amin.

Zulkifli sebelum itu, beberapa kali bangun mencelah, sambil menggesa Mohamed Khaled menjelaskan kenapa Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Mesir baru-baru ini mengeluarkan surat melarang kira-kira 700 penuntut Universiti Al-Azhar mengikuti pengajian hadis yang disampaikan oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr. Ali Jum'ah.

Bagaimanapun, arahan supaya Zulkifli keluar Dewan hanya berlangsung selama kira-kira lapan minit kerana Pandikar Amin kemudiannya mengarahkan bentara supaya memanggil Ahli Parlimen itu masuk kembali ke dalam Dewan.

Sebaik masuk, Pandikar Amin telah memberikan peluang kepada Zulkifli untuk mencelah perbahasan menteri berkenaan untuk bertanya soalan yang dibangkitkan sebelum itu iaitu mengenai masalah yang dihadapi pelajar Malaysia di Universiti Al-Azhar.

Ketika bangun, Zulkifli yang nampaknya kembali tenang memohon maaf kerana cara yang digunakannya untuk mencelah sebelum itu agak kasar.

"Minta maaf kerana saya sebelum ini hanya berpengalaman berhadapan dengan Unit Simpanan Persekutuan (FRU),'' jelasnya.

Sementara itu, Mohamed Khaled ketika membuat penggulungan berjanji akan menyiasat kejadian itu dan pegawai kementerian akan diminta memaklumkan perkembangan siasatan kepada Zulkifli.

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_10.htm

" THE JIHAD "

Pak Aziz satar berkata: " al kisah... maka tersebut lah kisah… sang kancing datang beramai-ramai mengadap kebawah duli yang maha mulia sultan firaun…."

Kata si Rumlee : " mana firaun pakai sultan….."

Pak aziz: " entah..."


Tentunya skrip diatas cukup kelakar dan bisa mentertawakan si penonton wayang ini.. manakan bisa firaun pakai(nama) sultan. Cerita ini hanya sebagai kiasan kepada mereka yang buta huruf dan buta ilmu, supaya jangan memandai-mandai kalau tidak bijak. Begini jugalah kisah yang nak dibenarkan oleh si pelakon derama baru-baru ini, kisah yang bukan kiasan, akan tetapi kisah yang diada-adakan untuk menutup kisah sebenar.. Kisah lawak yang saya nak kaitkan dengan Al-kisah si pelakon cerita, " Al-kisah si pencopet Banner "

Kepada si empunya skrip lakonan, kalaulah tidak pandai untuk melakonkan dan mengadakan skirp, jangan cuba di tontonkan lakonan cerita itu, kelak mampu memalukan diri. Ini bukan boleh nak disamakan dengan cerita si pendekar bujang lapok, kisah " Al-kisah si pencopet Banner " ini, bukannya membolehkan masyarakat mahasiswa gumbira... seperti menonton cerita pendekar bujang lapok, tetapi dengan kisah(Al-kisah si pencopet banner) yang cuba diputar belitkan dan di ada-adakan itu, bisa menyebabkan mahasiswa dan masyarakat tertawa dengan ketidak bijakan si empunya cerita penipu. Tambahan pula, si empunya lakonan adalah dari golongan bangsawan/ternama, cukup memalu dan mengaibkan, bila tembelang sebenar diketahui umum. Bila membaca cerita " kisah mamak bendahara " hasil nukilan u.hairul, asalnya tertanya cerita apa ini, tetapi bila diamati, rupanya terkenalah sindirian sebenar dari kisahnya terhadap golongan bangsawan moden malaysia dimesir. Moga-moga kepada bangsawan tersebut, bisa menjadi bijak pandai selepas ini. Memalukan-amat memalukan sikap bangsawan ini. Selamat membaca.


Banyak artikel yang boleh dibaca tentang kisah banner DESAK, antaranya didalam blog:

http://fuaizgeneration.blogspot.com/
http://hairulnizammathusain.blogspot.com/

Berikut adalah Layar post dari artikel u. Hairul Nizam


Alkisah tersebutlah kisah Mamak Bendahara Kota Melaka. Senyumnya mampu sahaja menggugurkan hati hamba sahaya. Tentaranya sahaja derap tapak kakinya bak geroda membelah angkasa lalu azmat dan gegak gempita seluruh alam mayapada.

Arakian termaktublah di dalam pena bahawa Sultan Melaka menitah seluruh warga Istana dan Orang-Orang Kaya untuk datang menghadap menjunjung kasih merafak sembah buat baginda.

Peluh memercik, panas sungguh.
Murka Sultan murka berdaulat.
Pacal hina takut memucat
Mamak Bendahara tiada kelibat,
Ke mana menghilang, ke mana gerangan,
Adakah padah bakal menyusul,
Adakah sembah sembah derhaka?

"Mana gerangan Mamak Bendahara? Apakah beta ingin dipermain-mainkannya? Sehingga kini tiada kelibat. Apa ingin tulah raja berdaulat". Bak halilintar suara raja Melaka raja berdaulat membelah telinga para pacal yang hadir. Senyap membisu bahasa, tidak berani mengadap wajah baginda.

"Ampun Tuangku beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun", suara Mamak Bendahara tiba-tiba kedengaran dalam hawa panas murka sang sultan.

"Cis. Bedebah kau Mamak Bendahara. Membiarkan beta termanggu-manggu menunggu Mamak Bendahara. Apa sudah kepingin kepala meninggalkan tubuh bernyawa?" Bentak sultan bentak bahaya.

Terketar-ketar Mamak Bendahara mengangkat sembah.

"Ampun Tuanku. Patik lewat ada sebabnya. Ada 3 orang hamba Melaka mengamuk di hujung kampung. Bergegas patik untuk mengawal suasana. Mereka mahu berMuzoharat (demontrasi) di sana, Tuanku. Ampun Tuanku"

"Bermuzoharat?"

"Benar tuanku. Kabarnya mereka menuntut 3 tuntutan agar Tuanku tunaikan. Kiranya tidak, mahu diamuknya seluruh Melaka. Lalu atas itulah patik terlewat Tuanku. 3 orang bedebah itu telahpun ditangkap oleh orang-orang Datuk Laksamana. Lalu patik terlambat kerana ingin membebaskan mereka di balai polis Tuanku. Ampun Tuanku."

"Oh. Maknanya Mamak Bendahara lewat untuk ke Istana Sembilan ini atas kerana itulah?"

"Ya Benar Tuanku".

***********************

Dalam masa itu Datuk Laksamana hanya menggeleng kepala. "Kenapa mesti menipu?", desis suara hati Datuk laksamana. Datuk Laksamana sangat arif bahawa Bendahara bermain dusta. 3 orang itu orang-orang suruhan Mamak Bendahara sendiri. Ditangkap orang kerna mahu mencuri kain di hujung Melaka. Sudahlah mencuri, kuda tunggangan pencapok-pencapok suruhan Mamak Bendahara inipun kepunyaan Mamak Bendahara. Copnya pun tidak ditanggal lagi.

Dalam Datuk Laksamana Menggeleng kepala, kalam sukmanya berbunyi:

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri,
Bercakap Bohong Lama-Lama Mencuri.

SELEPAS LEBIH SEMINGGU PANGGILAN DITERIMA, URUSAN VISA KINI MUDAH

Posted by mumtaz harun Ahad, November 01, 2009

" THE JIHAD "
















Baru-baru ini, ana dimaklumkan oleh pengerusi DPM bahawa urusan dipejabat amn daulah tidak sesukar sebelum ini, segala urusan begitu mudah sekarang. Ia berlaku baru dalam sekitar seminggu lebih. Sebelum ini, kalau student membuat visa, terpaksa menunggu sebulan atau lebih untuk mendapat visa tersebut setelah berurusan dipejabat jawazat. Tetapi sekarang perjalanan mudah, boleh selesai dengan cepat. Amat mudah urusan dan tidak sesukar dahulu. Kalau dulu, urusan dengan amn untuk soal jawab sahaja amat sukar dan macam-macam prosedur dan soal jawab, tetapi sekarang, pergi sahaja ke pejabat amn, pelajar tidak lagi disoal, hanya dengan melihat pasport, maka selepas itu amn melepaskan student tanpa soal jawab dan report/keterangan diambil, ini yang dimaklumkan pada ana baru-baru ni. Pendek kata urusan kini amat mudah. Syukur pada Allah.

Menjadi persoalan, selama tiga tahun urusan visa sebelum ini agak sukar, macam-macam student kena lalui untuk mendapat visa, termasuk perlu menunggu lama sekitar sebulan bagi mendapat visa, walaupun setelah dimaklumkan kepada pihak yang tertentu, supaya dapat membantu untuk memudahkan urusan tersebut, tetap urusan ini susah, tiada perubahan. Terbaru dalam sebulan lepas dimaklumkan pada ana, seperti dalam entry ana sebelum ini, visa akan dilewatkan lagi kepada lebih sebulan atau dua bulan(makluman amn sendiri), menyebabkan apa yang terkandung dalam entry sebelum ini diluahkan ana. Tak sangka pula, selepas entry ana ditulis, hanya tak sampai dua minggu, urusan visa menjadi mudah, alhamdulillah.

Cuma mengapa begitu drastik perubahannya? mengapa perlu tunggu tiga tahun atau lebih dari itu baru ia mudah? Agak-agaknya, kalau post ana sebelum ini tak berlaku, bila agaknya visa akan mudah bagi semua pelajar dimesir? itu pun kalau betullah visa sudah mudah sekarang semacam yang diberitahu oleh pengerusi DPM pada ana, harap-harap macam tu lah hendaknya, mudah.

Proses yang dimaklumkan oleh pihak pejabat amn daulah bermula dengan urusan dijawazat, kemudian borang visa akan dihantar ke pejabat amn daulah selepas seminggu, berada dipejabat amn beberapa hari dan kemudian dipanggil student berkenaan untuk disoal dan diambil keterangan, proses ini kadang-kadang agak sulit untuk melepasi amn, setelah amn berpuas hati dengan maklumat student, borang tersebut akan diproses semula di kaherah, dan akan dihantar semula ke pejabat amn daulah setelah dua minggu(proses dua minggu dikaherah tidak diketahui),selepas itu borang akan berada lagi di pejabat amn, dan kemudian akan dihantar ke jawazat semula untuk proses seterusnya, selama seminggu pula. Sesudah itu baru boleh kepada semua student yang membuat visa ke pejabat jawazat, untuk mendapatkan cop visa. Proses keseluruhan makan masa satu bulan, hanya kadang-kadang agak cepat, bergantung pada keadaan.

Alhamdulillah, Urusan Visa baru-baru ini telah berubah. Tiga tahun lepas urusan visa agak sukar. Nampaknya seolah-olah ada pihak yang mengambil cakna pada hal ini sekarang, dan rentak sudah berubah. Pengerusi bertanya kepada amn, " kenapa urusan visa sekarang mudah? " pihak amn menjawab " tak apa, tak apa, urusan visa sekarang mudah, semuanya mudah " tanpa menjawab sebab apa dan mengapa berbeza. Ada sesuatu yang berlaku mungkin. Apa pun Alhamdulillah, apa yang berlaku telah memudahkan student dalam urusan ini.

Menjadi kepelikan, dari beberapa tahun sudah, pertanyaan demi pertanyaan bermain dalam benak fikiran ini. Mengapa pelajar indonesia tidak dipanggil ke amn daulah dan tidak disoal selidik serta di soal jawab? mengapa hanya ketua mereka disoal selidik(bagi keterangan untuk warganya) dan warganya tidak disoal selidik? mengapa student thailand yang terkenal dengan pergolakan ditanah air mereka tidak disoal selidik seperti warga malaysia dimesir? mereka tidak perlu diambil report, keterangan atau soal jawab seperti pesalah, mengapa tidak mereka? mengapa warga singapore dan lain-lain wafiddin juga tidak disoal jawab dan tidak diambil keterangan/report oleh pihak amn daulah seperti warga kita malaysia dimesir ini? semuanya bermain dibenak fikiran ini. Yang menjadi pelik, pernah berlaku dan dalam pengetahuan kami, warga indonesia atau tahailand atau wafiddin lain yang dipanggil oleh amn daulah adalah mereka yang disuspek bergiat dengan I.M atau melanggar undang-undang mesir seperti berdemonstrasi dan lain-lain pelanggaran undang-undang yang dilakukan mereka, maka mereka akan dipanggil untuk membuat keterangan/report seperti yang dikenakan kepada pelajar malaysia keseluruhannya sebelum ini, dan mungkin sekarang juga(kerana belum pasti peraturan ini dhazafkan/dibuang).

Terkadang-kadang terfikir didalam fikiran, adakah kami ini student malaysia ini pesalah? perlu diambil keterangan seperti kami ini pesalah. Moga-moga selepas ini, seperti yang dikhabarkan, visa urusannya telah mudah, moga-moga ianya benar. Dalam masa yang sama Apa yang diharapkan juga, pihak berkenaan yang menyekat PMRAM dengan makluman PMRAM agen parti pembangkang kepada pihak azhar, menyekat PMRAM menggunakan ACC atau apa sahaja kemudahan Azhar dengan makluman kepada pihak Azhar, haramkan PMRAM dari menggunakan kemudahan Azhar, ditarik balik kenyataan rasmi itu. Mudahkan semula urusan PMRAM sebagaimana sebelumnya, hilangkan sekatan yang dilakukan pihak terbabit, seperti mana hilangnya permasalahan visa sekarang yang dimaklumkan.

" THE JIHAD "

Pada 21 oktober baru-baru ni, usai solat magrib, ana menerima panggilan dari seorang yang ana tak sangka-sangka menelfone ana. Terkejut... dapat satu panggilan dari number yang tak dikenali, yang rupa-rupanya panggilan itu dari Sdr Ezo (Faizal Sabhon). Bila handfone berdering, macam biasa, angkat dan jawab.

Keluar pertanyaan dari Sdr Ezo " Assalamualaikum, ni mumtaz ye " ana pun jawab "Walalaikumussalam, ye ana mumtaz, siapa ni? " pertanyaan ana kepada dia, dia menjawab kembali " ana Faizal Sabhon " aku masih cuba memproses mindaku mencari data, siapa Faizal sabhon ini, " Faizal sabhon yang mana? " ana bertanya, dan dia menyatakan kembali " Faizal Sabhon " dia berkata seolah-olah semua orang mengenalnya, tapi ada benarnya juga, siapa yang tak kenal ezo, artis hingar bingar mesir. Masa itu, baru ana teringat, nama Faizal sabhon di mesir ni ada seorang je rasanya, teringat ana kisah yang hingar bingar diperkatakan dulu kini dan selepas ini, si empunya blog EZO.com, orangnya bolehlah dikatakan terkenal, tetapi terkenal dengan sebaliknya dari biasa. Ana meneruskan sapanya didalam perbualan telfone itu " Oh ye, Faizal Sabhon, ana ingat..ana ingat.. ye akhi, ada ape telfone ana " , sambungan dibawah berbentuk perbualan:

Faizal ezo: "anta dah tulis lebih sangat dalam blog anta syekh, kenyataan anta berat.. cuba memburukkan nama Yang dipertuan Agong, JPMK dan kedutaan, ni bukan benda main-main syekh, enta akan dihantar pulang malaysia dalam masa terdekat ni!!! " ayat marah dan kasar yang terkeluar dari lafaznya

ana: " Apa yang ana tuduh" ingin kepastian yang menyebabkan dia begitu angin.

Faizal ezo: " anta dah memburukkan nama kedutaan dari pandangan umum syekh, ni kes berat, apa yang enta tulis enta ingat sebulan dua ke baru sampai pada orang, dalam sekelip mata orang boleh baca, dah sampai dalam maklumat bukit aman dan kementerian, ana cuma nak bagitahu, jaga-jaga!! enta dah tulis perkara ni, enta kene bertanggungjawab" bercakap dalam nada bengis dan kasar menengking.

ana nak mencelah, dia seolah-olah tak mahu beri ruang,terus dia cakap dalam keadaan tengang dan kasar,menengking, melihat dia ingin benar menyatakan apa yang ada dalam hati dia, ana biarkan dahulu dia bercakap, nak tahu apa hadaf dia call ana

Faizal ezo menyambung kalam: " enta ingat kedutaan tu apa, JPMK tu apa? senang-senang enta nak memburukkan nama safarah/kedutaan mencemarkan nama mereka pada pandangan mahasiswa, enta dah mencemarkan nama malaysia, perkara ni berat, enta sedia untuk dihantar pulang ke malaysia, enta jangan main-main syekh!!!"

ana: " apa benda yang ana cemarkan nama malaysia, ana tulis dari hal persamaan kes kutub sittah dengan hal visa pelajar malaysia"

Faizal ezo: " ana tak nak sembang pasal kutub sittah, ana call tentang kenyataan enta pada kedutaan pasal visa, ni berat, ana tak kenal enta pun, ana dapat maklumat dari kawan, bagitahu ada blog yang buat kenyataan berat pada kedutaan, jadi ana tengoklah apa dia kenyataan tu, bila ana tengok, kenyataan enta tulis memang berat, enta buat kenyataan tu ada bukti ke!! ? sapa nama amnu daulah tu!!!? bagi nama dia!! enta jangan main-main syekh, kes enta ni dah dalam pantauan bukit aman, kementerian, besedia dihantar pulang!!! enta akan dihantar pulang, ana tak tahu enta jaga-jaga dan bla..bla.. bala.."

Ana kurang ingat ayat dia 100%, sebab dia call mengejut, ana pun tak sangka dia nak call pasal hal ni, ingat nak jalin ukhuwah ke apa, sebab rasanya dia takda sangkutan dalam hal ni, so siapa dia? macam SB, atau orang besar kerajaan umno saje ana lihat. Orang yang bertindak macam ni biasanya orang berpangkat. tak pun dapat pangkat sebab kuat mengampu.

ana: " ana bukan main cakap kosong je akhi, ana pengerusi pelajar sesi 20007/2008, kes bab visa dilewatkan ni ana tahu dari 3 tahun lepas, semenjak ana jadi pengerusi, dan tahun ni nak dilewatkan lagi, dan kes ni sama macam kutub sittah ada persamaan sebab tu ana bangkitkan"

Faizal Ezo: " ya syekh, tu kes 3 tahun lepas..baru nak bangkit sekarang, cerita lama..buat apa nak bangkitkan sekarang, bukan hal ni berlaku baru-baru ni dalam sebulan dua ni pun.......!!!! ana tak nak bincang pasal kutub sittah"

ana: " ni bukan masalah kutub sittah atau visa tak dapat-dapat 3 tahun lepas punye kes, ni dah berlaku lagi sekarang, ni kes 2 minggu lebih lepas, baru je lagi, amnu daulah sembang dengan kami dan maklumkan benda ni. visa nak dilewatkan lagi, sebab amn daulah kata, ada pihak atasan suruh lewatkan" yang ana pelik dia yang tak tahu apa-apa dan situasi, nak main serang tak tentu pasal, marah-marah, tak kait pun dengan dia, pelik juga ana. sdr faizal ni siapa? kalau JPMK yang call ana ma'ul/boleh diterima pakai juga. hai... minta-minta janganlah jadi orang besar malaysia, K.O malaysia nanti.

Faizal ezo: " tuduhan enta ni berat syekh..ana tak tahu la, ana cume nak bagi tahu enta yang bukit aman dan kementerian sedang teliti benda ni, enta dah tulis dalam blog, enta kene bertanggungjawab dengan artikel enta, anta sedia untuk dihantar pulang, enta nak kena hantar balik malaysia kan!! wakil bukit aman dan kementerian sedang teliti benda ni, dan akan datang mesir berjumpa enta soal siasat, enta sedia dihantar pulang!!!"

Faizal ada sebut pada ana: " enta memalukan pelajar azhar, blog the jihad bukan main, tapi perangai tak melambangkan pelajar azhar "

Bagi ana pula, adekah dia rasa dia cukup membanggakan nama pelajar azhar disisi masyarakat. peratusan mahasiswa/wi hatta masyarakat yang baca blog dia, tentu tahu, dia ni membanggakan nama pelajar azhar atau sebaliknya. Tak ada benda dan kes baik pun ana dengar pasal dia.

ana: " enta siapa syekh, wakil JPMK ke, JPMK suruh anta call ana ke? atau enta wakil kerajaan? kerajaan hantar enta soal ana ke? ke polis? ana tak pasti, kalau ada maklumat, macam nama amn daulah yang enta kata nak tahu nama dia tu, ana nak bagi, serah pada enta ke? " sindiran ana pada dia ni.

ana tak tahu dia dengar ke tidak ana cakap, sebab dia kurang bagi ruang untuk ana bercakap, dia terus sahaja bercakap melepaskan kemarahan dia, dan kata-kata kasarnya.

Faizal ezo: " ana bukan wakil JPMK atau kedutaan, tu jangan tanya!! pasal nama tu ana tak nak tahu, enta sedia je lah disoal siasat oleh bukit aman dan kementerian yang akan datang mesir soal siasat enta, dan bersedia dihantar pulang!!! nama amn tu enta sedia je lah, nanti kalau disoal siasat siap enta!! ana tak tahu, ana cume sampaikan berita ni je pada enta" mana dua pihak ni tahu, sdr faizal yang bagi tahu ke (sekadar firasat hati)

ana: " wakil bukit aman dan wakil kementerian tu nak datang soal ana, bila?dia nak soal selidik ye? tak apa lah allah tu ada, ana bukan main cakap je, bukan ana menipu "

Faizal ezo: " enta tipu syekh, enta buat tuduhan pada safarah, burukkan nama kerajaan dipandangan pelajar, enta tahu ke enta dah burukkan nama yang dipertuan agong, JPMK dan safarah tu dibawah agong "

Ana: " bila masa pula ana burukkan agong, JPMK yang ana tahu bawah KPT(kementerian pengajian tinggi), kedutaan lain JPMK lain jabatan,ana tak burukan agong pun, tak ada nama agong diburukkan pun dalam kenyataan ana" ni apa yang ana tahu lah

Faizal ezo: " ana ni bawah tajaan mara.... bla..bla..bla.."

ana pun tak tahu apa yang dia rapukan cerita pasal tajaan mara dia. maaf sdr ezo, ana tak dapat tangkap pasal tajaan mara yang enta sebut waktu tu.

Minta maaflah, ana ada tanya pegawai JPMK, dia terangkan yang JPMK ni bawah kementerian pengajian tinggi, kedutaan lain, JPMK lain sepatutnya, dan tak boleh ada dalam satu banggunan sepatutnya, ke saudara faizal nak ana bagi nama pegawai yang cakap ni, kalau ana salah cakap, pegawai tu pun salah bagi maklumat pada ana lah. KALAU NAK IKUT, SEMUA BAWAH AGONG, BUKAN BAWAH UMNO cuma sekarang ni je, semua dah jadi bawah umno, macam mane tu? tengok saudara Faizal, pelik siapa dia?? boleh call ana pasal hal besar-besar, semacam dia orang besar disini.. apa jawatan dia dalam JPMK dan safarah.. tak nafi mungkin ada jawatan. tapi jawatan UMNO beri, boleh cantas pegawai JPMK, pegawai rumah negeri dan lain-lain orang atas yang tak ikut arahan UMNO kot. hayya!! pening dengan politik umno, mempolitikkan mahasiswa

DAULAT TUAN KU!!! TAK SIA-SIA PATIK TARUH GAMBAR TUANKU DI TERATAK BLOG HAMBA NI,HAMBA PACAR HINA MINTA AMPUN SALAH SILAP, TAPI UMNO YANG PALING BANYAK BUAT SILAP, HARAP TUANKU BOLEH SELIDIKI SALAH GUNA KUASA UMNO SEMUA PERINGKAT.


Ana minta maaf pada Sdr Faizal, kalau perbualan dalam telfone waktu tu, yang ana tulis ni kurang tepat, tapi maksud tak lari dari hal perbualan kita dalam fone tempohari .

Buat saudara Faizal, nasib baik bentuk ancaman enta tidak berbentuk nak pukul ke, bunuh ke, kalau tidak ana yang akan buat laporan polis, ugutan dari anta terhadap ana. Tapi kalau nak dibuatkan laporan polis kat zagazig ni sebenarnya boleh juga, sebab dengan panggilan telfone enta, yang mengugut ana, dengan ancaman dihantar pulang kemalaysia, dengan nada yang kasar, bengis, penuh kebencian dan pelbagai lagi cara mazmumah itu, boleh juga sebenarnya nak dibuat laporan polis disini. Boleh disabitkan ugutan berbentuk menakut-nakutkan oleh anta kepada ana tanpa ada sebab bersesuaian dari anta, yang tidak pasti mengancam ana atas jawatan apa yang anta sandang disini (atas state apa? anta general polis? pengarah JPMK?anta duta malaysia ke mesir?atau duta umno ke mesir?).

Buat makluman ezo, ana ada terserempak dengan mabahis di kaherah beberapa tahun sudah, dia boleh berbahasa melayu, dia juga tahu ada hizb nadi umno, dan dia kata nadi umno juga dalam pantauan kerajaan mesir, terserempak mabahis tu di raba'ah, seolah-olah tengah mengekori gerakan nadi umno, berhati-hati ye sdr ezo. Budak-budak nadi umno termasuk general umno mesir sdr faizal sabhon, juga kena berhati-hati mungkin dihantar pulang ke malaysia oleh kerajaan mesir, kerana polis juga sedang memantau nadi umno agaknya, jangan nak ugut ana sahaja boleh dihantar pulang, anta pun boleh dihantar pulang, kuasa Allah semua tu. Makluman, gerakan pertubuhan parti malaysia yang berorganisasi dimesir juga boleh dihantar pulang oleh polis atas kesalahan berpolitik, perjuangan yang tak dapat pahala, duduk bawah sekular umno. kalau kalian nak hancurkan perjuangan kami pun, sekurang-kurangnya Allah itu ada, ganjaran syurga Allah yang kami harapkan. Kalian tak takut Allah? satu persoalan dariku buat kalian.

Kalau kami mahasiswa ditindas, disiksa pun, apelah sangat, mungkin kadang-kadang tak tertanggung azab yang diterima, tapi tertanggung ke azab Allah kelak kalau tak laksanakan amanah Allah, azab Allah lagi maha dahsyat. Ingat, doa orang terinaya, pejuang islam, makbul. kalau dah ramai yang doa, kalian tak terfikir ke azab allah dari dunia lagi? tak pernah dengar kisah?

pasal VISA, kami hairan, mengapa pelajar malaysia sahaja yang kena berjumpa amn daulah untuk visa. mengapa tidak pelajar indonesia, thailand, singapore, juzuk komar dan lain-lain wafiddin dimesir. mengapa hanya sahaja pelajar malaysia. ni tak kait sapa-sapa, cuma daku hairan.

P/s: hari panggilan sdr ezo ni hari lahir anak ana wirdani uzma bt muhamad mumtaz, lepas solat magrib, tengah nak sambut hari lahir wirdani yang ke setahun, dapat pula panggilan amaran, menambah semangat juang diberikan oleh sdr ezo, membikin semangat juang ana bertambah keatas. Wirdani dilahirkan pada tanggal 21 oktober 2008 bersamaan 21 shawal 1429 Hijrah, selamat hari lahir anak abi... abi dapat hadiah dari ammu ezo... ugutan hantar balik malaysia darinya..hadiah untuk abi wirdani.

thanks buat adik-adik akhawat tib zagazig, yang buatkan kek hari jadi buat wirdani, kek sedap, adik-adik lakarkan NUMBER SATU ditengah-tengah kek itu. " KEK ONE MALAYSIA? " ana tanya mereka. Gelak adik-adik tib tu, mereka jawab " apa la us ni, bukan one malaysia, tapi umur dia satu tahun la". Gelak mereka, mungkin tak setuju hujjah ana one malaysia kot

" THE JIHAD "

Buat julung-julung kalinya PMRAM mengadakan satu program pembacaan kutub sittah yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh pertubuhan-pertubuhan NGO malaysia mesir, bahkan oleh pihak JPMK dan kedutaan sendiri, dan yang peliknya bukan hendak dibuat program seperti ini, bahkan dihalang bila ada badan lain yang melaksanakannya dan dipandang serong pula niat murni ini. Pelbagai cara dan usaha untuk membatalkan program mulia ini oleh pihak tertentu, gabungan perancangan mungkin. Seolah-olah sengaja tidak mahu ada badan islam yang memartabatkan Islam, hasad dengki dan lain-lain sifat mazmumah menghantui mereka. Penggunaan cara menghantar surat kepada pihak Azhar supaya mengharamkan PMRAM dari menggunakan ACC, Memaklumkan Azhar yang PMRAM ini penentang kerajaan dan lain-lain tomahan.

Sebenarnya tindakan mereka ini sendiri bakal membakar mereka, bukan sahaja diakhirat bahkan didunia lagi menerima azab, manusia bencikan tingkah laku mereka, dan akhirnya, mereka yang mendajalkan perjuangan islam ini terasing dan tidak sanggup berhadapan dengan dunia. Pelik dan pelik dan tak disangka-sangka. Tak tahu hendak dikata bagaimana. Mengapa ada insan muslim yang nampak wara' dan berpendidikan haraki(dari segi kalamnya) sanggup menghancurkan program yang memartabatkan hadith Rasulullah dan Islam.

Alhamdulillah, Program pembacaan kutub sittah ini amat mendapat sambutan menggalakkan sehinggakan beratus-ratus penyertaan terpaksa ditolak kerana couta melebihi had yang dianggarkan, sehinggakan ana sendiri tidak dapat untuk mengisi penyertaan, tapi alhamdulillah dapat juga hari terakhir bersama masyaekh, diharapkan pada kali yang mendatang, ada kesempatan untuk diri ini mengisi ruang couta. sekitar lebih dari 700 orang peserta yang mengikuti program pembacaan hadith kutub sittah anjuran PMRAM kali ini. Sekiranya ruangan tempat perlaksanaan program mencukupi, mungkin lebih dari 2000 penyertaan dari ahli yang ingin mengikuti.
Apa yang menggempar dan menggembirakan, masyaekh yang bersama PMRAM dalam pembacaan hadith ini adalah masyekh terkemuka Al-Azhar. Bertambah lagi, perasmian penutup pembacan kutub sittah ini dilengkapi dengan kehadiran Mufti Mesir yang terkenal diserantora dunia, iaitu Al-Fadilatu Syekh Ali Jumu'ah. Mufti berkenan untuk merasmikan perasmian penutup serta menyampaikan hadiah kepada masyaekh yang membacakan hadith kepada hadirin dan hadirat, dan seterusnya mufti dan para masyaekh mengharapkan majlis pembacaan hadith seperti ini diteruskan lagi. Azhar sendiri sudah lama tidak melaksanakan program besar-besaran pembacaan kutub sittah. Pujian dari para masyaekh kepada PMRAM atas niat murni menyubur dan memastikan hadith Rasulullah dimartabatkan amat tergambar diriak wajah mereka.
Kedatangan Mufti Mesir Syekh Ali Jumu'ah dan kesanggupannya menghadiri program PMRAM ini amat memeranjatkan dan amat menggembirakan para hadirin dan hadirat, hatta dikalangan arab sendiri yang melihat kedatangan mufti ke program, terus berpusu-pusu untuk berjabat tangan dengan Mufti. Alhamdulillah, Mufti dan para masyaekh mengiktiraf PMRAM, walau pun disana ada segelintir pembesar dan mengampu duniyawi dan pengirihati menidakkan program seperti ini dilangsungkan dan menyatakan bangkangan mereka atas perancangan program kutub sittah ini. Diharapkan golongan-golongan pembesar ini serta juak-juaknya seperti golongan pengampu, ampu sana ampu sini, NGO-NGO bernamakan islam yang pengirihati terhadap kelangsungan islam sedar akan tindakan mereka yang menghina niat suci PMRAM yang ingin memartabatkan Islam yang antaranya melalui acara kutub sittah (yang cuba digagalkan golongan yang disebut tadi), Mufti dan para masyaekh sendiri menggalakkan program ini, inikan pula kalian yang baru mendapat sedikit pangkat dunia(bukan dari Allah) mendabik dada dengan kuasa yang ada, dengan cubaan menggagalkan tuntutan islam ini.

"Moga Allah membuka ruangan dada kita, dengan keterbukaan untuk memartabatkan Islam diserantora dunia, dan menghijab kita dari gelap gulita mendapat hidayahnya"

KUTUB SITTAH PMRAM DI SABOTAJ (siri kesembilan)

Posted by mumtaz harun Selasa, Oktober 20, 2009

" THE JIHAD "

Anda perlu membaca isu ini dari siri yang pertama, harap maklum

Alhamdulillah, walaupun banyak rintangan yang dihadapi oleh pejunag-pejuang islam untuk memartabatkan islam, gangguan dari mereka yang tidak senang dengan pembawakan Persatuan yang berdasarkan Al-quran dan Al-Sunnah, gangguan dari mereka yang menyamar nama NGO menggunakan nama islam seterusnya menentang perjuangan islam dari dalam/musuh dalam selimut, gangguan dari kuasa-kuasa besar kerajaan negara dan dunia, dan pelbagai bentuk gangguan lagi yang cuba mengancam kedaulatan islam melalui pembawakan para mujahid, namun perjuangan tetap perjuangan. ISLAM tetap tertegak, siapa yang terus menerus bersama islam, akan mendapat pahala ganjaran besar dari Allah, siapa yang sebaliknya moga Allah menunjukkan kejalan yang benar.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَن يَرۡتَدَّ مِنكُمۡ عَن دِينِهِۦ فَسَوۡفَ يَأۡتِى ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬ يُحِبُّہُمۡ وَيُحِبُّونَهُ ۥۤ أَذِلَّةٍ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِينَ يُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوۡمَةَ لَآٮِٕمٍ۬‌ۚ

" Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. " (surah al-maedah ayat: 54)


Layar post copy dari laman-laman blog berkenaan kutub sittah
Hairul Nizam Mat Husain at http://hairulnizammathusain.blogspot.com/
http://kutubsittah-pmram.blogspot.com/

Majlis Penutup Bersama Mufti Mesir



Tuesday, October 20, 2009

Mufti Mesir Akan Bersama Dalam Majlis Penutup Pembacaan Kutub Sittah

Alhamdulillah. Majlis berjalan lancar. Syeikh Yusri sendiri gembira sangat dengan program ini. Beliau sebut pada kami "Bila kamu telah mula menghidupkan sunnah pembacaan kutub sittah ini, maka kamu jangan menutupnya".

Beliau sendiri telah berbincang dengan Syeikh Muhammad Ibrahim Abdul Ba`ith al-Husaini dan Syeikh Jamal Faruq untuk meneruskan pembacaan Sahih Bukhari sehingga tamat selepas daripada ini.

Alhamdulillah. Kalau diizinkan Allah, malam ini Fadhilat al-Mufti al-Syeikh Ali Jum`ah sendiri akan bersama dalam majlis penutup pembacaan Sahih al-Bukhari.

Alhamdulillah. Moga PMRAM dirahmati dan dijagai Allah. Moga PMRAM akan terus mara dalam usaha melahirkan generasi ulama masa hadapan.

Satu Fikrah Satu Amal,
Kita PMRAM.

" THE JIHAD "
Layar post copy dari laman-laman blog berkenaan kutub sittah

SYAFIQ ZULAKIFLI, Johor Bahru, Johor, Malaysia
http://www.typeace.blogspot.com/

Majlis Pembacaan Hadis Imam Bukhari Diadakan di Asrama Johor?

Mulianya ulama disanjungi, ilmu dihayati...

SAYA amat terperanjat apabila melihat bahawa program Majlis Pembacaan Hadis Imam Bukhari diadakan di Asrama Pelajar Johor, Rabaah, Kaherah, Mesir. Setelah program ini cuba digagalkan oleh pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK), satu inisiatif telah dilakukan oleh pihak pengurusan (add-hock program) untuk mendapatkan tempat baharu.

Tidak terfikirkah kalian betapa buruknya perangai orang-orang kerajaan (Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah) apabila berani menghantar surat kepada Syeikh Al-Azhar agar program ini dibatalkan?

Saya tidak menyangka Asrama Pelajar Johor Rabaah digunakan. Barangkali ucapan tahniah kepada Tuan Haji Hanif yang mengizinkan bangunan tersebut digunakan. Selepas ini, juak-juak UMNO Mesir akan melaporkan kepada kerajaan negeri Johor (terutama orang itu) bahawa Asrama Negeri Johor telah menjalankan majlis ilmu tersebut.

Moga-moga Tuan Haji Hanif tidak akan berdepan dengan cabaran juak-juak ini. UMNO Johor pun tidak ingin melayan karenah mereka.

2
Menurut sumber laman web PMRAM, satu majis dialog akan diadakan bersama mahasiswa bagi menjelaskan mengapa program itu dibatalkan oleh pihak JPMK. Saya tidak fikir Dr. Jamil Hashim berani menghadirinya atau barangkali orang-orang atasan mereka akan berani mengarahkan beliau supaya tidak hadir ke dalam program itu.

Saya mencabar Pengarah JPMK untuk menghadirinya dan kita menantikan program Konvokesyen Mahasiswa Al-Azhar ala UMNO yang akan diadakan dalam beberapa hari lagi. Mari kita lihat betapa kucar-kacir program itu nanti!

Saya teringat lagi tahun lalu, saya dihubungi oleh wakil Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah merayu-rayu untuk menjadi jawatankuasa pelaksana sedangkan program akan berlangsung sekitar 24 jam lagi. Betapa pengurusan JPMK lemah!

Ayuh sama-sama menghadiri konvokesyen UMNO yang lemah ini!

Monday, October 19, 2009

" THE JIHAD "
Layar post copy dari laman-laman blog berkenaan kutub sittah
MOHD NAZRUL ABD NASIR,
PENUNTUT ILMU DI MASJID AL-AZHAR DAN MASJID ASYRAFF,
KAHERAH MESIR

JPMK Cubalah Ambil Contoh Para Pembesar Dahulu, Jangan Di Sebabkan Nafsu, Kamu Tersungkur...

Wednesday, October 14, 2009

Guru kami yang mulia , Syeikh Ahmad Nabawi hafizahullah pernah menceritakan kepada kami ketika majlis pengajian kitab Nahu Tuhfatul Saniyyah di Masjid al-Azhar al-Syarif sebelum ini Majlis Mendengar Bacaan Hadis (Majlis Sama’ Hadis) pernah dilaksanakan di Masjid al-Azhar dan Masjid Saidina Hussain alaihissalam.

Ulama terakhir yang melaksanakannya ialah al-Imam al-Allamah al-Hafidz Ahmad al-Ghumari rahimahullah.Beliau meneruskan kesinambungan majlis sepertimana yang pernah dilaksanakan sebelum itu oleh al-Imam al-Allamah al-Muhaddith Zabidi rahimahullah pengarang kitab Ithaf Sadatul Muttaqin Syarah Ihya Ulumuddin.

Itu dahulu, sekarang amat sukar untuk kita temukan semula Majlis Sama’ Hadis sebegini.Alhamdulillah PMRAM sudah hampir berjaya melaksanakan Majlis Ilmu sehebat ini.Majlis yang mana kalam Baginda sallallahu alaihi wasallam akan dibacakan. Hanya sekadar membaca hadis dan sanadnya dengan sedikit ulasan daripada para ulama tersohor di bumi Mesir bumi Kinanah ini.

Para ulama terdahulu berebut-rebut untuk menghadirkan diri di dalam Majlis Ilmu sebegini. Al-Imam Ibn Hajar al-Asqallani rahimahullah , setelah selesai mengarang kitab Fathul Bari Syarah Sahih al-Bukhari, beliau menjemput para ulama, pembesar kerajaan dan orang ramai datang ke majlis kesyukuran di atas inayah Allah memberikan peluang untuknya menyiapkan syarah terbaik bagi Sahih al-Imam Bukhari.

Para pembesar ketika tersebut, menjadikan kitab Fathul Bari sebagai hadiah kepada tetamu yang datang mengunjungi mereka.Malah kitab ini ditulis dengan dakwat emas menunjukkan betapa berharganya kitab mulia ini.Kata Guru Kami Syaikhuna Murabbi Dr Yusri hafizahullah, kitab Fathul Bari pada ketika tersebut dijual dengan harga ratusan malah ribuan dinar.Harganya jika mengikut perkiraan Ringgit Malaysia hampir mencecah RM 40000!!! Tetapi para pembesar dan ulama pada ketika tersebut sanggup untuk membelinya kerana cinta mereka terhadap ilmu sangat tinggi.

Agak berbeza bukan dengan zaman sekarang? Dahulunya para pemimpin negara begitu mencintai ilmu.Sultan Nuruddin al-Zinki rahimahullah, seorang raja yang soleh dan wali Allah taala, seringkali menjemput gurunya al-Muhaddith Badruddin al-Mausili rahimahullah untuk membacakan hadis kepadanya dirumah beliau.Malah ketika gurunya ingin membacakan hadis Musalsal Bi al-Tabassum ( Hadis Musalsal Senyum), beliau meminta agar gurunya menangguhkan dahulu bacaan kitab tersebut kerana kata beliau :

“ Mana mungkin aku mampu tersenyum sedangkan saudara-saudaraku di Dumyat sekarang sedang sibuk berperang. Selagimana aku tidak berjaya meyelamatkan mereka daripada penjajahan maka selagi itu aku tidak akan mampu tersenyum”

Selesai peperangan di Dumyat dan beliau berjaya menyelamatkan Saudara Islam yang lain maka ketika itu beliau menjemput kembali gurunya Syeikh Badruddin al-Mausili rahimahullah sambil berkata :

“ Sekarang Wahai Tuan Guru, Aku sudah mampu tersenyum. Maka sampaikanlah hadis tersebut kepadaku untuk aku senyum mengikut perbuatan Baginda sallallahu alaihi wasallam”

Tapi sekarang, ada juga golongan yang dengki tidak mahu majlis mulia sebegini diteruskan hanya kerana ingin mengikut hawa nafsu mereka yang sememangnya tidak menyukai majlis ilmu sebegini.

Katanya , orang-orang ini pernah ditarbiyah. Tarbiyah apanya?? Tarbiyah untuk menjahanamkan umat Islam lain??

JPMK dibawah naungan Prof. Jamil sepatutnya mengambil contoh para pembesar terdahulu bilamana bermuamalah dengan para ulama.Jangan dengan hawa nafsu kita, hanya kerana dengki dan dendam yang tak sudah, terbawa-bawa sehingga tiada lagi kawalan terhadap diri sendiri.Apa faedahnya kamu dapat kalau Majlis Mulia Bacaan Hadis ini ingin dibatalkan tanpa sebab munasabah??

Kamu tak takutkah dengan doa para auliya’ Allah taala yang dijemput khas untuk datang bersama kami para penuntut ilmu membacakan hadis???.Inilah bahananya jika dahulu kurang bercampur gaul dengan para ulama.Hanya berpada dengan tarbiyah jadian yang mereka canangkan.

Kami tidak akan mendoakan keburukan kepada kamu semua.Kami hanya memohon moga Allah taala memberikan petunjuk kepada kamu semua atas perbuatan lancang kamu terhadap para ulama ummah ini.Jangan mendoakan laknat. Ini bukan akhlak kita sebagai seorang muslim.Moga Prof Jamil dapat menghayati cara sebenar menuntut ilmu selepas ini dan menghayati bahawa perbezaan pendapat janganlah sampai membawa kepada perpecahan.


Kita pelik, kalau PMRAM mempertahankan hak maka dituduh PMRAM ekstrim, syadid dan lain-lain. Tapi kalau puak ini buat bahana, kita kata “ Mungkin mereka ada sebab” . Sebab apanya?? Sebab tak sama fikrah?? Entahlah. Kalau ya pun ada kuasa , kena ingat Allah taala Maha Berkuasa.Jangan sampai Allah taala yang meminjamkan sedikit nikmat kepada kamu, Allah taala yang sama akan menarik semula nikmat tersebut dengan cara yang kamu sendiri tidak mahu ianya berlaku.

Cubalah rasional ketika melaksanakan tindakan. Jangan terburu-buru. Kamu sendiri yang rugi .Ingat tu !!

P/S: Gambar di atas sekali merupakan Majlis Ilmu yang dihadiri oleh para ulama dunia seperti Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari, Syeikh Yasin al-Fadani, Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah, Syeikh Ibrahim al-Ahsai'ie, Syeikh Hassan Masyath, Syeikh Ismail Uthman Zain rahimahumullah wa hafizahullahu taala alaihim aj'main...

MOHD NAZRUL ABD NASIR,
PENUNTUT ILMU DI MASJID AL-AZHAR DAN MASJID ASYRAFF,
KAHERAH MESIR

" THE JIHAD "
Layar post copy dari laman-laman blog berkenaan kutub sittah

Pertemuan PMRAM - JPMK, PMRAM Minta Penjelasan JPMK

Sumber: http://pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=699:ccc&catid=1:pmram&Itemid=63

14 Oktober, Kaherah - Satu pertemuan antara wakil PMRAM dan BKAN dengan Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) Prof. Dr. Jamil bin Hasyim telah diadakan di bilik tetamu bangunan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah. Pertemuan yang bermula pada pukul 9.15 pagi tersebut dihadiri oleh beberapa Badan Pengurus PMRAM yang diketuai oleh Saudara Shahrizan bin Mohd. Hazime selaku Pemangku Presiden PMRAM. Beliau ditemani oleh Saudara Mohd. Azrul bin Ismail Naib Presiden 1, Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman Naib Presiden 3 dan Saudara Mohd. Yazid bin Pardi Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa.

Perjumpaan yang mengambil masa hampir 2 jam tersebut membincangkan tentang isu menggagalkan Majlis Pembacaan Kutub Sittah oleh JPMK. Beberapa orang Badan Pengurus serta YDP BKAN yang hadir meminta penjelasan tentang beberapa tuduhan yang tidak berasas oleh pihak JPMK terhadap majlis yang akan dijalankan.

Kata Saudara Mohd. Azrul bin Ismail selaku Timbalan Pengarah 1 bagi program tersebut, beliau mendapat makluman daripada pihak pengurus dewan ACC (Azhar Conference Centre) tentang satu faks yang dihantar oleh pihak JPMK kepada wakil Al-Azhar As-Syarif meminta supaya Majlis Pembacaan Kutub Sittah ini dibatalkan. Antara alasan yang diberikan adalah kerana PMRAM melaksanakan program tersebut tanpa merujuk terlebih dahulu kepada pihak JPMK. Lebih mendukacitakan lagi apabila surat faks tersebut ditandatangani oleh Prof. Dr. Jamil bin Hasyim sendiri.

Dalam pertemuan tersebut beberapa tindakan dibincangkan dan dipersetujui oleh kesemua ahli mesyuarat yang hadir. Antara tindakan yang dipersetujui bersama ialah Prof. Dr. Jamil bin Hashim bersetuju untuk menghadiri satu sesi dialog terbuka di hadapan semua mahasiswa dan mahasiswi bagi menjelaskan keraguan dan kekeliruan di kalangan mahasiswa terutamanya peserta Majlis Pembacaan Kutub Sittah ini. Sesi dialog tersebut akan dimaklumkan kemudian oleh pihak PMRAM.

Selain isu Kutub Sittah ini, beberapa isu lain dibangkitkan untuk mendapatkan penjelasan yang terperinci. Antaranya ialah kebajikan mahasiswa baru yang terabai. Mereka dibiarkan tinggal sesama sendiri dan dilarang untuk bercampur dengan abang-abang lama disini. Hal tersebut telah menyebabkan mereka ditipu oleh orang arab dalam beberapa perkara. Isu ini dibangkitkan oleh Saudara Mohd. Ridhwan bin Abu Bakar YDP Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu dan Saudara Mohd. Hanafi bin Zulkapli YDP Majlis Kebajikan Keluarga Kedah.

Sebelum bersurai,Saudara Shahrizan selaku Pemangku Presiden mengharapkan agar pihak JPMK merujuk PMRAM terlebih dahulu sekiranya mendengar desas desus ahli terhadap program PMRAM yang akan dijalankan. Tindakan yang tidak professional akan menyebabkan jatuhnya mutu gerak kerja yang dijalankan. Lebih-lebih lagi apabila tindakan tersebut dilakukan oleh pihak yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

" THE JIHAD "
Layar post copy dari laman-laman blog berkenaan kutub sittah
Shahrizan bin Mohd. Hazime
Pemangku Presiden PMRAM 2009

Isu Kutub Sittah : Kenyataan Rasmi Pemangku Presiden




Sumber : Web PMRAM
Isu Majlis Pembacaan Kutub Sittah telah menjadi kontrovesi yang mencetuskan pelbagai tanggapan. Namun pihak PMRAM meminta semua ahli bertenang dan mengikuti arahan pimpinan PMRAM dari semasa ke semasa.

PMRAM dengan ini melahirkan rasa kesal dan kecewa di atas tindakan pengarah JPMK menghantar surat bagi membatalkan penggunaan dewan Azhar Conference Centre (ACC). Bagi PMRAM, tindakan ini merupakan tindakan yang tidak professional, menghalang perkembangan majlis ilmu bahkan bersifat menghina para alim ulamak yang dijemput hadir. Tuduhan dalam surat yang menyatakan PMRAM menganjurkan konvokesyen dan cenderung kepada pembangkang merupakan tuduhan yang berat tanpa sebarang asas yang kukuh. Tuduhan tersebut merupakan provokasi keterlaluan yang boleh menimbulkan salah faham antara PMRAM dan Al-Azhar.

PMRAM mengambil pendekatan diplomasi dalam menghadapi isu ini dan cuba mengelakkan tindakan provokasi. Oleh itu PMRAM dan beberapa orang wakil YDP BKAN telah berjumpa dengan pengarah JPMK pada 14 Oktober lalu jan 9.15 pagi dan menyatakan bantahan secara rasmi. Setelah berkali-kali didesak, Pengarah JPMK menyatakan tindakan menghantar surat tersebut merupakan arahan daripada pihak atasan.

Beberapa persetujuan telah dicapai bersama, namun PMRAM masih lagi menunggu tindakan lanjutan daripada pihak JPMK. Satu dialog terbuka yang turut dihadiri oleh JPMK akan diadakan dalam masa yang terdekat ini dan akan dimaklumkan kemudian. Walaupun tindakan tidak professional ini dilakukan oleh pihak JPMK, PMRAM dengan ini menegaskan hubungan rasmi akan diteruskan demi menjaga kesatuan dan kebajikan mahasiswa dan mahasiswi di Mesir.

PMRAM mengharapkan agar pihak JPMK lebih professional dalam melaksanakan tugasnya dan berbincang dengan PMRAM terlebih dahulu sekiranya timbul sebarang isu demi mengelakkan sebarang kekeliruan. PMRAM berharap agar semua ahli sentiasa berdoa semoga program ini berjalan dengan lancer tanpa sebarang gangguan dan halangan.

Akhirnya saya mewakili PMRAM mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan dukungan ahli dalam menyelesaikan isu ini. Tanpa sokongan dan dokongan ini, PMRAM tidak akan mampu melangkah lebih jauh.

Sekian.
Shahrizan bin Mohd. Hazime
Pemangku Presiden PMRAM 2009

" THE JIHAD "

Layar post copy dari laman-laman blog berkenaan kutub sittah
http://hairulnizammathusain.blogspot.com/

Monday, October 12, 2009

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah Yang Mengarut


Tak pasal-pasal program Pembacaan Kutub Sittah yang julung-julung kali akan dianjurkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir telah cuba digagalkan oleh En Jamil selaku Pengarah JPMK.

Inilah akhlak Islam dan tarbiah sejati. PMRAM berhempas pulas nak anjurkan satu majlis mulia yang akan dimeriahkan dengan kedatangan ulama-ulama besar al-Azhar al-Syarif, tiba-tiba JPMK tak tentu pasal cuba untuk menggagalkan program pembacaan Sohih al-Bukhari tak lama lagi.

Anehkan. Program yang ada joget oleh budak-budak Indonesia boleh didiamkan oleh JPMK seribu bahasa. PMRAM nak anjurkan majlis pembacaan hadith Sohih al-Bukhari nak disabotaj pula.

Harap kawan-kawan semua dapat solat hajat khusus agar Allah merencatkan usaha tak bertamadun ini dan memberkati usaha PMRAM yang ingin menganjurkan Majlis Sama' Ahadith Rasulillah (Majlis Pembacaan Hadith-Hadith Rasulullah).

يا مولانا يا مجيب
من يرجوك لا يخيب
توسلنا بالحبيب
اقض حاجتنا قريب
هذا وقت الحاجات
يا حاضرا لا يغيب

Berita rasmi berkenaan sabotaj tidak bertamadun ini boleh didapati terus di:

http://pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=694:makluman-majlis-pembacaan-kutub-sittah&catid=6:pengumuman&Itemid=68

atau

http://kutubsittah-pmram.blogspot.com/2009/10/makluman-rasmi-kutub-sittah.html

" THE JIHAD "

Layar post copy dari laman-laman blog berkenaan kutub sittah
Mohd Adlan Mokhtaruddin
Pengarah Majlis Pembacaan Kutub Sittah PMRAM 2009.

PMRAM Optimis Menjayakan Pembacaan Kutub Sittah





Kaherah, 13 Oktober - PMRAM sekali lagi mengadakan pertemuan bersama Ketua Pengarah ACC , yang merupakan tindakan lanjutan daripada usaha pihak JPMK untuk menggagalkan program Majlis Pembacaan Kutub Sittah.

Pemangku Presiden PMRAM, Saudara Shahrizan Mohd Hazime bersama Pengarah Program, Saudara Mohd Adlan Mokhtaruddin telah berkunjung ke dewan tersebut meminta penjelasan dari pihak pengurusan ACC. Ini merupakan kunjungan kali ketiga pihak PMRAM ke dewan ACC setelah mendapat makluman usaha membatalkan program ini oleh pihak JPMK. Usaha ini akan diteruskan oleh PMRAM sehingga terlaksananya Majlis Pembacaan Kutub Sittah ini dengan jayanya.

Di samping itu, pihak PMRAM sentiasa menghubungi pihak JPMK untuk meminta penjelasan dan mengatur pertemuan. Namun begitu maklum balas yang diterima sangat mendukacitakan.

Pihak PMRAM selaku penganjur sekali lagi memohon jasa baik semua pihak untuk terus berdoa supaya usaha untuk menggagalkan majlis ini tidak berjaya.

Sumber : Web Rasmi PMRAM

" THE JIHAD "

Layar post copy dari laman-laman blog berkenaan kutub sittah

Makluman rasmi Kutub Sittah




Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum wbt.

Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam, Selawat dan salam buat junjungan Nabi saw dan ahli keluarga Baginda yang tercinta, serta seluruh Sahabat Ridhwanullah 'alaihim Ajma`in.

Dukacita dimaklumkan kepada semua ahli yang telah mendaftarkan diri untuk menyertai Majlis Pembacaan Kutub Sittah (siri pertama) yang akan bermula pada 17 -20 Okt 2009 ini telah cuba digagalkan oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK).

Namun begitu PMRAM selaku penganjur program akan berusaha sedaya upaya bagi memastikan program ini akan dapat dilangsungkan seperti yang dirancang.

Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berkaitan program tersebut, sila dapatkan maklumat terkini di laman web rasmi PMRAM www.pmram.org ataupun di portal rasmi kutub sittah www.kutubsittah-pmram.blogspot.com . Segala penjelasan dan maklumat terkini berkaitan permasalahan tersebut akan dijelaskan pada hari Khamis ini bersamaan 15 Oktober 2009.

PMRAM memohon segala kerjasama daripada seluruh ahli PMRAM agar bersama-sama berdoa dan bersolat hajat supaya majlis tersebut berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang.

Sekian,
Mohd Adlan Mokhtaruddin
Pengarah Majlis Pembacaan Kutub Sittah PMRAM 2009.

" THE JIHAD "

Layar post copy dari laman-laman blog berkenaan kutub sittah

: Pengenalan ::.




Salam mahabbah buat pengunjung sekalian, moga kalian dirahmati Allah.


Sepertimana yang dimaklumkan, buat julung-julung kalinya pada tahun ini PMRAM akan menganjurkan satu program yang dinamakan sebagai `Majlis Pembacaan Kutub Sittah`. Sebagai sebuah persatuan kebajikan buat anak-anak Melayu dibumi Mesir ini, PMRAM sedaya upaya memberi khidmat dan kebajikan termasuklah kebajikan dari sudut ilmu dan thaqafah.


Majlis Pembacaan Kutub Sittah merupakan program tahunan PMRAM yang akan mengambil masa selama enam tahun untuk membaca keenam-enam kitab tersebut. Ianya akan dimulakan pada tahun ini dengan pembacaan hadith-hadith dari Sahih Bukhari, diikuti pada tahun mendatang dengan Sahih Muslim dan seterusnya. Sesuai dengan namanya `Majlis Pembacaan` ianya bukanlah suatu program untuk mendalami dan mengaji akan keenam-enam kitab hadith tersebut, akan tetapi ianya sebagai suatu pengenalan kepada semua melalui pembacaan hadith-hadith secara terus melalui para Ulama`.



Sebagai permulaan, PMRAM mengambil inisiatif untuk mengambil tenaga pengajar terus dari Al Azhar memandangkan kita sangat-sangat optimis dengan manhaj ilmu dan pengajian dari Ulama` Al Azhar Al Ajilla`. Seterusnya pada masa-masa yang akan datang, PMRAM berhasrat untuk mengambil mutiara-mutiara dari ulama` dari Negara berdekatan seperti, Syria, Jordan dan Yaman. Mudah-mudahan amal ini diganjarkan pahala dan dimudahkan oleh Allah ta`ala.

SELAMAT ULANG TAHUN YANG KE- 62

Posted by mumtaz harun

" THE JIHAD "

Selamat Ulangtahun ke 62

1. Hari ini genap 62 tahun usia Presiden PAS , Al Fadhil Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Beliau dilahirkan pada 6 Zulhijjah 1366 bersamaan [ 20 Oktober 1947. ] di Kampung Rusila Marang , Terengganu . Anak ke 5 dari 9 orang adik beradik .

2. Tuan Guru menuntut di Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang kemudian Sekolah Agama Marang dan seterusnya mengambil senawi di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Disamping itu belajar agama, Bahasa Arab serta politik dari ayah sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhamad.

3. Tuan Guru melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dengan biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi dari tahun 1969 - 1973 . Tamat dengan B.A (Syariah) . Melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar ke peringkat M.A (Siasah Syariyyah) dan berjaya menamatkannya dalam masa 2 tahun sahaja (1974 - 1975)

4. Tuan Guru Mula aktif sejak tahun 1964 iaitu semasa belajar lagi sebagai Setiausaha Ranting (sekarang cawangan) PAS kampung Rusila , Marang .

5. 1976 , setelah tamat belajar dan pulang ke tanah air , beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu serta EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat. Pada tahun 1977 dipilih menjadi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan kemudiannya disahkan ke jawatan tersebut pada tahun 1980. Pada tahun 1989 di pilih menjadi Timbalan Presiden PAS setelah Dato' Fadzil Mohd Noor dipilih menjadi Presidennya .

6. Tuan Guru Mula menyertai pilihan raya sebaik sahaja pulang ke tanah air pada tahun 1978 di DUN Marang dan kalah di tangan Tengku Zahid Musa dengan majoriti 68 undi. Pada tahun 1982 diamanahkan sekali lagi menjadi calon PAS di DUN Marang dan Parlimen Dungun. Menang di DUN Marang tetapi kalah di Parlimen Dungun di tangan Haji Awang Jabar. Pada tahun 1986, bertanding DUN Rhu Rendang dan menang tetapi kalah di Parlimen Marang di tangan Abdul Rahman Bakar. Pada tahun 1990 menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang . Begitu juga tahun 1995, menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang.

7. Tuan Guru juga terlibat di peringkat antarabangsa di Madinah apabila menjadi Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah di samping menjadi Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah. Semasa di Asia Barat, beliau aktif bersama Gerakan Ikhwanul Muslimin bersama Dr. Said Hawa, Profesor Muhamad Al Wakeel serta Dr. Abdul Satar Al Khudsi. Di Mesir pula, beliau menjadi Setiausaha Seksyen Syariah dan Undang-undang Persatuan Melayu Republik Arab Mesir. Sebagai pemimpin PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang banyak terlibat di peringkat antarabangsa samada gerakan Islam atau gerakan rakyat.


Antaranya :-


a] Ahli Penyelaras Sekretariat Parti-parti Islam Sedunia yang berpusat di Istanbul Turki.
b] Ahli Sekretariat Perjuangan Rakyat mempertahankan Baitul Maqdis yang berpusat di Amman, Jordan.
c] Ahli Majma' Taqrir di kalangan mazhab-mazhab Islam yang berpusat di Tehran, Iran.
d] Ahli deligasi ahli Parlimen parti-parti Islam yang dipimpin oleh Dr.Necmetin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui Setiausaha Agung PBB, Butros Butros Ghali serta menemui Ahli Senat Amerika Syarikat.
e] Menyertai deligasi ahli-ahli Parlimen Parti Islam melawat Eropah yang diketuai oleh Dr. Erbakan.
f] Menyertai deligasi pemipin parti Islam seluruh dunia menemui raja-raja serta presiden negara-negara Asia Barat sebelum Perang Teluk.
g] Mengiringi Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor bersama deligasi pemimpin German Islam seluruh dunia untuk mendamaikan kumpulan-kumpulan mujahidin Afghanistan.

8. Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan Selamat Ulangtahun ke 62 buat Al Fadhil Tuan Guru Hj. Hadi Awang dan mendoakan agar al Fadhil Tuan Guru senantiasa dikurniakan kekuatan dan petunjuk untuk memimpin sebuah parti yang besar pula mencabar ujiannya.

9. Kepimpinan beliau sejak awal sering berdepan dengan ujian getir samaada yang datang dari tekanan luar parti mahupun permasaalahan dalaman parti . Kesabaran dan ketabahan beliau mendepani segalanya adalah suatu yang sangat mengkagumkan . Semoga Allah swt terus mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada beliau .

10. Kepada sahabat yang turut ingin memberikan ucapan selamat ulangtahun , bolehlah dimuatkan ke ruangan komen dan insyaallah ianya akan menjadi kata - kata semangat buat al Fadhil Tuan Guru untuk terus thabat memikul amanah berat ini seterusnya mendapat ganjaran setimpal daripada Allah swt .

ARTIKEL INI DIAMBIL DARI LAMAN BLOG NUKILAN PEJUANG BERANI MATI: http://episodeperjuangan.blogspot.com/

PAS FOR ALL

PAS FOR ALL

Al faqir ila Allah

Name: mumtaz harun
Home: zagazig city, egypt
About Me: Daku Hanya Hamba Allah
See my complete profile

Kalam sahabat

Arkib Blog